Friday, 6 April 2012
Isu Pantun Melayu...
Di satu petang Sabtu kami sekeluarga sempat bertemu dan bersembang di anjung rumah mak. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai pantun. Trigger point for this issue adalah susulan post facebook yang Kak Long (my sister in law) hantar to her facebook wall.
My Abang Long commented it as to him it was a negative pantun and shouldn't be posted or it will give a bad impact to the commmunity.
Just to share with you all pantun yang Kak Long posted to her wall a few days back. Macam ni lebih kurang bunyi pantunnya:
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.
Kepada pembaca semua, apa komen anda? Masih relevankan pantun ini untuk kita dan generasi akan datang?
Regards,
WAWA
My Abang Long commented it as to him it was a negative pantun and shouldn't be posted or it will give a bad impact to the commmunity.
Just to share with you all pantun yang Kak Long posted to her wall a few days back. Macam ni lebih kurang bunyi pantunnya:
Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.
Kepada pembaca semua, apa komen anda? Masih relevankan pantun ini untuk kita dan generasi akan datang?
Regards,
WAWA
Wednesday, 9 November 2011
POLISAS - Secretaries to be...
![]() |
| Pioneer Class, Diploma in Secretarial Science. With our Mandarin Lecturer L to R : Azhitar, Loh, Annie, Baini, Leli, Cheah, Saras, Zu, Nora, Dila, Huda, As, Wawa, Ina, Shuhaida, Faez, |
Salam sejahtera semua.
I am glad to share this old photos with readers especially those yang wajahnya ada di dalam gambar. Saya tak pasti adakah any duplicate version of this photo pada rakan-rakan sekelas dulu. Cuma, rasanya yang tidak lepas membawa camera ke mana-mana adalah saya... wawa!
Gambar bersama pensyarah kelas Bahasa Mandarin. Kami amat berbangga pada satu masa dahulu kerana kami boleh berbahasa Mandarin. Hasil asuhan pensyarah yang saya pun tak ingat namanya. Minta maaf, usia bila dah menjangkau 40 tahun ni, nak ingat nama orang pun susah. Agaknya perlu mengambil supplement ginko biloba kot.
Rakan-rakan sekelas menggelar saya "Cina Bukit". Sebabnya, bila bercakap Mandarin, slanga saya "lebih cina dari cina ". Kelas ini memang mengembirakan kami dan kelas yang ceria. Pada masa itulah saya mengetahui salah seorang rakan berbangsa Cina dari utara tanah air pun belajar from zero seperti kami. This was because her mother tongue adalah bahasa Hokkien. Ada masanya saya yang mengajar dia.
Namun apabila exam, semua kecut perut. Alhamdulillah saya mendapat gred CGPA yang agak baik di dalam subjek ini; 3 pointer beb! Sebagai kenangan, saya abadikan salah satu lagu yang pernah diajar pensyarah kami dan masih kekal segar dalam ingatan saya. Conversion ke dalam tulisan rumi lebih kurang seperti di bawah:
Ke ren lai, pai fang wo
Wo ching ta ching lai
Kwan ying ta tau wo chia lai
Ching chuo ching her cha...
Terima kasih kepada Mr Ho. Yes!!!! ultimately I remember his name!!! Mr Ho had done a great job, teached us a group of naughty gals... Thanks all DSG 90. I love you all! And miss you beb!
Wednesday, 12 October 2011
Yang pasti kita lalui
Sedang melihat-lihat semula buku lama. Tangan tercapai buku "The Missing Piece" by Fatimah Busu.
Beliau memetik 2 ayat Al-Quran di dalam buku ini. Teringat kepada saudara dekat yang dijemput Ilahi pada Ramadhan yang baru lalu. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Allayarham Roslan bin Mohd Said, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisiNya.
Saya catatkan semula untuk peringatan kepada diri sendiri dan kita semua, semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
"Tiap-tiap diri akan merasai mati
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan
dan kepada Kami lah sekalian akan dikembalikan."
(Surah Al-Anbia, ayat 35)
"Bagi tiap-tiap umat ada ajal, tempoh yang telah ditetapkan,
maka apabila datang tempohnya,
tidak dapat mereka dikemudiankan walaupun sesaat
dan tidak dapat pula mereka didahulukan."
(Surah Al-A'raf, ayat 34)
Semoga kita semua mendapat husnul khatimah, insyaAllah. Ameen.
Tuesday, 11 October 2011
Sudah 14 Tahun...
Hai everyone! I have something to share about this unique birthday cake. About angka 14 dan about kek berbentuk papan karom.
But before that, an appreciation to the designer for this cake my friend Chef Norbaini yang berhempas-pulas menyediakan kek unik ini dalam tempoh yang singkat. You may follow her at http://norbainicakes.blogspot.com/
Fourteen Years >>> Kek ini sempena hari ulang tahun kelahiran my beloved daughter Wafa Izzati @ Kesetiaanku Kekuatanku. 14 tahun sudah usianya and at this point I can say that aku bisa tersenyum di pertengahan perjuangan ini. Ku harap senyuman ini akan berterusan hingga penghujung nyawaku. 14 tahun bukan tempoh yang pendek. 14 tahun amat panjang jika ia dinanti. Namun, ia berbaloi jika dilalui dengan penuh sabar, redha, ikhlas dan syukur.
Syukur pada Allah, sesuai namanya Wafa membesar sebagai anak yang setia sebagai hamba Allah dan sekaligus setia sebagai anak. Izzati @ Kekuatan ku dan inilah sumber cita-cita seorang ibu yang pernah terkandas dalam perjalanan kehidupan. Kekuatan yang takkan dapat diperolehi dari apa juga "tonik ajaib" yang dijual di dunia. Tanpa Wafa Izzati ini dan izin Allah SWT mungkin aku tidak berada di mana aku ada kini.
Takkan mungkin ku mungkiri janji pada Allah tatkala ku terima amanahNya itu. Doaku tidak pernah putus kepada zuriatku ini yang telah dihadiahkan Allah sebagai pinjaman di dunia ini. Inilah insan yang begitu memahami kesusahan dan perjalanan jerih payah seorang ibu. Begitu bertolak ansur di dalam keadaan yang begitu mendesak. Bersama menjalani kehidupan yang sukar dan sederhana. Tidak lupa mendung semalam tatkala sinar mentari mula menjengukkan cahaya. Deep from my heart, I am so grateful dan proud to have Wafa in my life.
Papan Carrom >>> About the carom board, ada misteri dan maksud tersendiri. On top of carom cakes, Wafa also got real carom board as birthday gift. Selain tu, sebenarnya aku dah kekontangan idea about what birthday gift to give to her. Rasanya in past 13 years, she has got almost everything except car. Maybe I have to think about this on Jan 2014.
Kami bersyukur pada Allah atas kesusahan lepas yang membuat kami sentiasa insaf dan bersyukur dengan segala kurniaanNya sama ada baik atau sebaliknya. Hikmah sesuatu yang terjadi tidak terjangka oleh kita sebagai manusia, Mungkin dalam sekelip mata, mungkin dalam masa sebulan, setahun atau 10 tahun. Mungkin tidak di dunia dan ingatlah selagi kita berbaik sangka pada Allah, hikmah dariNya pasti ada. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat adanya.
Kepada pembaca semua, I would like to share what I always remind Wafa : membesarlah menjadi puteri Muslimah sejati. Yang mementingkan Habluminallah and Habluminannas. Always remember, that life is too short. Raikanlah kehidupan kita sebaiknya. Jangan bertangguh untuk berbuat baik. Tidak perlu menjadi ustazah atau scholar untuk berdakwah ke jalan Allah. Tidak perlu menunggu menjadi jutawan untuk beramal jariah. Tidak perlu menjadi PM atau Gabenor untuk memimpin. Tidak perlu menunggu azab Allah untuk bertaubat. Semuanya boleh bermula saat ini dengan segala energi dan kekuatan yang ada pada kita kini. Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja hatta orang yang pernah mengusutkan kehidupan insan lain. As what I always remind Wafa, we do not have to wait until the perfect moment to do a good thing.
May Allah be with you, may Allah bless us, always...dunia dan akhirat. Ameen.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

